Halaman

Sabtu, 2 Januari 2016

Di Sebalik Goreng Ikan


















Assalamualaikum...apa khabar semua..?? ok hari ini aku kembali semula selepas sekian lama menyepi.Bukan duduk relax tapi ada beberapa kerja yang masih kena siapkan....

So,hari ini aku ada satu perkongsian yang aku kira perlu aku kongsikan...inipun ilham dari Allah...
Harap bermanfaat untuk korang...

So,hari ini mudah.....aku nak lontarkan soalan pada korang ...korang pernah goreng Ikan tak...?
especially lelaki....Sebenarnya bagi seseorang yang baru hendak goreng ikan tetapi sebelum ini korang tak pernah goreng dan anda disuruh untuk menggoreng ikan...?

So,nak dijadikan cerita suatu hari aku duduk dirumah berseorangan...Kring..kring..telefon rumah berbunyi lalu aku mengangkatnya....dan ummi aku kata....tolong goreng ikan sat...jadi aku pun mengiyakan..sebenarnya aku tak pernah goreng ikan..

Jadi...slow2 aku pi dapur dan memasukkan minyak kedalam kuali sehingga dah panas..jadi aku masukkan ikan 2 ekor dalam tu lalu aku mengorengnya dengan mengunakkan satu penyudip..

aku memusing-memusing goreng ikan itu dengan seronok...tanpa aku sedar ikan yang aku goreng habis jadi terkeluar isi....kepala hilang....hah...pakai aku kata...humm jadi ada lebihan 3 ekor lagi..

Jadi,apa langkah yang aku ambil...selepas goreng pada sesi pertama.....??
Pada sesi 2 aku ambil langkah dengan ubah cara aku goreng dengan menggunakan penyudip yang berbeza...Jadi aku masukkan ikan perlahan-lahan dan aku mengolek-golek ikan secara perlahan dengan berhati-hati dengan menggunakan peyudip yang berbeza....

Hasilnya ikan itu..jadi semakin elok...dah tak jadi macam sesi pertama mengorengnya....
So,apa di sebalik goreng ikan...??

Di sebalik goreng ikan nie aku nak tunjukkan

Kadang-kadang pada permulaan kehidupan kita tidak semua akan sempurna pasti ada caca merba jadi langkah yang perlu kita ambil ialah dengan cuba mempelajari kesilapan dan menggunakan skill@cara yang berbeza pada seterusnya...jika cara itu memang betul dan menepati In sha Allah kita akan mendapat yang terbaik...

'' Mungkin kita tidak mampu membuat paling terbaik...Sekurang-kurangnya kita mampu untuk meningkatkan kehidupan,diri dan lain-2 daripada baik kepada lebih baik ''

Semua orang untuk berubah...So,kepada kawan-kawan seperjuangan ,yang membaca dan sesiapa sahaja berusahalah dan lakukan perubahan dan pelajari kesilapan  agar kita tidak mengulanginya...

Selamat beramal...semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan