Halaman

Rabu, 9 Disember 2015

STRESS BELAJAR ???



STREES BELAJAR ???

                                                                                       
Naim yang sentiasa enjoy dalam belajar

















Menurut wikipedia,Belajar adalah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau potensi tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman atau latihan yang diperkukuhkan. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara rangsangan dan tindak balas. [1] Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa rangsangan dan output yang berupa tindak balas. Rangsangan adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respons berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap rangsangan yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang berlaku antara stimulus dan respons tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diperhatikan dan tidak boleh diukur, yang dapat diperhatikan adalah stimulus dan respons, oleh kerana itu apa yang diberikan oleh guru (rangsangan) dan apa yang diterima oleh pelajar (respons) harus dapat diperhatikan dan diukur.

Sekarang nie ramai orang kata belajar tak best  sebab strees...Selain itu juga,ada orang menyatakan belajar tak best sebab cikgu dan faktor-faktor lain tetapi fokus hari ini aku nak  kongsi bagaimana nak hilangkan strees  ketika belajar tu...

Pertamanya,korang sendiri yang cuba mengundangkan strees,...hai bunyi len macam...kenapa dipersalahkan pulak kita nie...??heheh...ya kita sendiri yang mengundangnya
Kita kena tahu proses pembelajaran adalah berterusan jadi.Apabila selesainya belajar kita perlu mengulangkajinya semula....

Contoh bagi pelajaran yang melibatkan pengiraan...selesai ja belajar....kita terus buka buku latihan buat latihan secara tidak langsung ia telah mengulangkaji semula apa yang telah kita pelajari
Ianya buleh  dipraktikkan bagi pelajar asrama misalnya pada waktu persediaan(PREP)  peruntukan paling kurang 45 minitlahh...untuk buat latihan.....pastu lebihan 10 minit relax-relaxlah....
Ok tu kalau bab kira-kira....

Sekarang pergi kepada pelajaran yang mesti kena ingat....
Cara dia habis ja belajar ...ambik kertas kosong tulis apa yg kita faham balik dan terangkan kepada diri sendiri..in sha allah buleh faham.....Selain itu,bulelah jugak HIGHLIGHT beberapa isi-isi penting yang perlu  diingati dan kemudia buat buku latihan.....ini jugak akan melatih diri untuk lebih faham dan lebih mengingati apa yang kita pelajari.

Jadi,yang menjadi strees belajar sebab LAST MINUTE punya kerja....malam nak periksa baru nak tengok semua bab .baru nk highlight dan baru nak mula latihan ketika tu buku pun masih bau kedai lagi....time nielah akan menyebabkan diri stress sebab kita rasa banyak benda kita nak tau...ditambah pulak dengan takut.....

Tapi,setengah orang lain dari lain...mereka orang cepat ''pick up'' jadi  sesetengah depa suka belajar last minutes.Tapi,kalau dah tahu kita punya '' styles''  kita ikut cara yang sesuai untuk kita..antaranya tips diatas yang aku kongsi tu...

Aku teringat kata Ustaz aku...''Ustaz Syukri '' Guru Bahasa Arab

''Kita bukan kereta skyline yang last-last minute boleh pecut...kalau dah tau kereta kita nie enjin
 Dakson kita panaskan enjin kita siap dan lebih awal....bila kita naik kereta kita jalan sama macam
 skyline jalan ''

Maknanya...kita kalau dah tahu kita agak susah dan slow kita belajar awal-awal jangan tunggu last minute baru nak mula kalau tak kita akan ketinggalan dari orang yang berotak macam skyline...

Aku pun sebenarnya tak pandai sangat..tapi sekadar perkongsian untuk sama-sama kita ambil...
Belajar jadikan relax dan tenang.....baru best....!!!

Hanafi yang sentiasa COOL

 

Kehidupan

>>>Kehidupan<<<

Nama saya Ahmad Khairul Amir ,sekarang berumur 17 tahun.Alhamdullilah dah selesai menamatkan
Sijil Pelajaran Malaysia .Sedikit perkongsian yang saya hendak kongsikan kepada semua adalah rentetan kehidupan saya menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar.

Bermula dari sekolah menengah saya belajar di SABK Al-Madrasah Al-Khairiah Al Islamiah,
Pada awalnya saya merasakan sekolah ini sangat bercirikan kepada pondok dengan suasana pembelajaran yang berteraskan kepada dua aliran iaitu arus perdana dan azhariah..


Sejak Tingkatan 1 saya berazam untuk dapatkan kecemerlangan dalam Akademik dan Agama dan alhamdullilah saya berjaya dapatkanya serta dapat mengekalkan kecemerlangan sehingga ke Tingkatan 3.Ketika itu,saya langsung tidak mengerti apa sebenarnya yang hendak kita cari dalam kehidupan...kerana setiap detik,setiap waktu saya hanya memikirkan kejayaan dan $$$ semata-mata
Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan terbaik untuk melanjutkan pelajaran dalam Aliran Sains Tulen.Alhamdullilah saya dapat, selepas daripada itu saya berpindah
ke SMA Maahad Al Mashoor Al Islami (MMI) ,Balik Pulau,Pulau Pinang.


Di sinilah,Pada 2014,aku melanjutkan pelajaran dalam Aliran Sains Tulen.Aku berkenal dengan pelbagai kawan disini yang begitu ''AMAZING''. Di sini jugalah bermulanya ''RODA KEHIDUPAN''
Bagaimana aku merasai saat jatuh,sedih dan ''Krisis Identiti''.Kejadian ini menimpa aku hampir setahun sehingga menyebabkan saya jatuh dalam semua aspek.Pertamanya,tentang soal hati ,dalam hal ini saya tidak menyalahkan orang yang terlibat tetapi saya kesal akan diri kerana tidak berfikir secara rasional dan kritikal tentang soal hati ini.Saya sering mengidamkan sepertimana cerita-cerita cinta dalam novel dan lain-lain dan ketika itu saya bukan diri yang sebenar.Ketika itu,saya seolah-seolah tidak berpijak di bumi ini.Saya seolah-olah berangan semata-mata.Saya sedar akan semua itu,saya mencari dan terus mencari....Alhamdulillah,saya berjumpa dengan guru kaunselor dan terus memberitahu hal yang menimpa diri ini.

Alhamdullilah sedikit demi sedikit,saya sudah mampu untuk mengubah...Kalau dahulu saya seorang sangat beremosi,gentar akan suara-suara yang kecil...Tetapi ,sehingga kini saya sudah mampu mengubahnya..Sejak saya sudah mengenali guru kaunselor saya terus belajar tentang hala tuju kehidupan serta menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen (DEBAT) yang diuruskan sendiri oleh guru kanselor saya iaitu Cikgu Noraini Binti Ahmad

Alhamdullilah buat julung kalinya kami memasuki kami mendapat tempat '' Naib Johan'' bagi Daerah Barat Daya dalam kategori Kelompok dan Anugerah Seri Asrama Terbilang(ASAT) 2014

Di Sebalik Tabir kejayaan saya dan kawan dalam dunia perdebatan sangatlah panjang.Kami berlatih dari selepas Maghrib sehingga jam 3 Pagi setiap hari bersama kumpulan perempuan yang lain serta team debat Cikgu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia

Latihan sehingga jam 3 Pagi

Team Perempuan yang turut sama membantu
Team Debat dari UPSI-Kawan2 cikgu

Inilah yang kami lakukan sehingga menempah kejayaan dalam debat.Alhamdullilah sepanjang dalam debat  saya merasakan team saya adalah kehidupan saya yang mampu untuk kami kongsi suka duka dan derita.Bermula dari debat pemikiran saya berubah secara tidak langsung dari aspek pembelajaran saya sudah lagi tidak merasa mudah untuk berputus asa walaupun saya seringkali berusaha bersungguh-sungguh .Saya sedar semua itu adalah ketentuan Allah dan beberapa khilaf saya yang saya lakukan.Saya teringat kata-kata guru kaunselor....

''Kadangkala kita tak dapat apa yang kita rancang,tetapi ingatlah
  Allah telah merancang jalan dan kejayaan baik dihadapan''

                               

Selain itu juga,debat telah memberikan saya satu hala tuju untuk saya berfikir dengan lebih matang dalam merialisasikan impian serta memilih masa depan yang baik.

Alhamdullilah pada tahun 2015

Team saya berjaya memenangi ''Johan'' Bahas Ala Parlimen Daerah Barat Daya (Kelompok)

Bersama Cikgu Noraini (Jurulatih ,Kaunselor MMI )


Bersama PK KOKO MMI Ustazah Alha



















Alhamdullilah,selepas itu saya dan team meneruskan ke peringkat negeri Bahas Ala Parlimen dan bertarung sehingga Suku Akhir.Menariknya,kami berdebat usul
Pengenalan Cukai Kepengunaan''GST'' kami berpihak kepada pencadang dan pembangkang dan kami berjaya membentang usul dengan baik.Selepas itu,diperingkat suku akhir iaitu Pendidikan Abad ke-21:Kita Sudah Bersedia...
Ketika ini kami kalah di suku akhir.Antara sebabnya langsung tidak sediakan kertas konsep untuk usul ini..hehheh....

Selepas itu kami memasuki Ihtifal Ilmi,Peringkat Negeri Sekolah-sekolah menengah agama Pulau Pinang.

Alhamdulillah,kami mendapat tempat ''JOHAN''


Ketika ini Zul patah tangan sebab berkungfu di jalanraya


















Selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia anjuran JAKIM (Peringkat Kebangsaan) yang berlangsung di Selangor bertempat di Sekolah Agama Menengah Tuanku Ampuan Jemaah dan Maahad Tahfiz Integrasi Selangor di Alam Impian

dan Kami hanya bertarung sehingga Suku Akhir sahaja....

















Selepas selesai debat,saya pulang untuk teruskan perjuangan dalam percubaan SPM dan peperiksaan sebenar SPM...

Saya bersama-sama kawan-kawan saya untuk teruskan perjuangan dalam
mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

Apabila,percubaan SPM selesai aku mendapati keputusan aku sudah mencapai
tahap aku puas dan ada beberapa subjek yang aku tidak puas..

Jadi,langkah apa yang aku ambil untuk naikkan subjek itu...?? sebelum nak tahu..apakah subjek itu...??

Matematik Tambahan.....!!!!!!
Bukan nak cerita kata hebat sangat aku ni...sebab ambil Add Math,tapi aku nak bagi jalan kepada korang yang sedang membaca ni...lebih kurang sebulan aku belajar add math sebelum SPM sebenar...!! target aku bukan A+ tetapi cukuplah sekadar A- @apa yang memadai dengan usaha yang aku lakukan untuk dapatkan keputusan terbaik dalam add math,jadi aku pun belajar sendiri sambil merujuk kepada sebuah buku nama dia ''Penyelesaian SPM'' dan 
''Kuasai melalui diagram'' untuk pelajaran matematik tambahan..Jadi aku cari 
bab-bab yang mudah untuk Skor dalam kertas 2 antaranya bab
 Solution of triangle,coordinate geometry,number indeks,vector, jadi setiap pelajaran aku ambil masa 2 hari untuk aku cover..

Cara aku fahamkan add math:

aku baca dan fahamkan konsep bab tu,lepas tu aku buat latihan basic ,kemudian aku buat latihan past year question dan terus pergi ke kertas model SPM ....kita tidak buleh berhenti setakat past year korang kena faham SPM sekarang bukan SPM yang dulu punya...boleh berulang soalan sama..tapi sekarang dia modified sikit dengan menambah KBAT@HOTs...secara keseluruhanya sebenarnya ianya tiada apa yang keluar dalam silibus pon..cuma dia nak ajar budak supaya betul-betul fahamkan konsep satu bab tu....
Untuk ulasan panjang dalam Tips untuk SPM dan KBAT tunggu update terbaru nanti ya.....

Sebenarnya,di dalam alam sekolah kita sebenarnya bukan sahaja mencari kejayaan semata-mata tetapi sebenarnya setiap detik perjalanan adalah satu pengalaman yang boleh mematangkan kita.Apa yang saya pesan kepada semua hargailah dan manfaatlah zaman persekolahan dengan melakukan perkara yang boleh melahirkan kita orang yang matang dan berfikiran kritikal.Walau apa yang terjadi kita tempuh setiap perjalanan itu dengan baik dan sentiasa berdoa kepada Allah...agar dipermudahkan segalanya...

Pesan saya,belajar kerana Allah bukan kerana inginkan pekerjaan yang baik semata-mata.Apabila kita meletakkan belajar kerana Allah kita akan terus belajar sehingga kita mendapat Syurganya nanti...In sha Allah...
Jangan kita meletakkan peperiksaan sebagai Tuhan kita...sehingga kita lupa dan abai tanggungjawab kita sebagai Muslim sebab terlalu takutkan kepada peperiksaan..

Ingatlah berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan walaupun kita tidak melihat hasilnya sekarang,kerana Allah telah merancang yang terbaik untuk kita semua...

Saya teringat kepada kata-kata guru kelas saya Cikgu Aifa A.Ghani

''Apabila kita mendapat keputusan tetapi gagal  tetapi kita sudah berusaha 
 sehabis baik ,Itu lebih baik daripada orang yang tidak berusaha langsung''



Kini,saya dan kawan-kawan telah berjaya tamatkan SPM dan kawan-kawan dan team saya adalah motivasi serta inspirasi kepada saya untuk saya terus meneruskan kehidupan walau dilanda 1001 lautan bergelora serta ribut kencang yang kuat....Aku harapkan korang semua yang mengenali aku ataupun tidak serta guru-guru saya mendoakan kejayaan kami semua Batch 98,semoga mendapat kecemerlangan untuk dijadikan alat sebagai memenuhi amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini...


'
Bersama kawan-kawan selepas SPM




















Suasana study kami kelas 5AF bersama Yasir




















Bagi korang yang diluar sana teruskan belajar dan tanamkan semangat yang tinggi.Percayalah,zaman sekolah mampu memberikan anda pelbagai pengalaman serta perjalanan yang mampu mematangkan anda....belajar dengan niat kerana Allah dan ingin mencapai syurganya..In sha allah anda akan terus belajar dan belajar....Kejayaan adalah ''BONUS'' hasil daripada usaha kita yang diberikan oleh Allah kepada hambanya...yang penting setiap perjalanan yang kita tempuh sebagai seorang pelajar ataupun sesiapa itu juga adalah pembelajaran secara tak langsung dalam kehidupan kita seharian..

Jadilah diri anda,kenal potensi anda serta lakukan apa yang anda impikan jangan takut untuk impikan satu yang realiti ataupun anda hanya mampu bermimpi sahaja...Jom kita ubah-ubah sama-sama