Halaman

Ahad, 13 Disember 2015

Jom Pilih Jalan....




Assalamualaikum...salam sejahtera :D ....update nie aku sediakan khas untuk calon PT3 memilih serta menilai apa yang mereka rasa mereka nak sambung di Tingkatan 4..nanti....kat sini aku bagi cara berdasarkan kajian ,pendapat serta penilitian dan kajian yang aku lakukan bersama adik aku dalam debat..iaitu Muhammad Zulhaniff ....ahahha...;)

Ok..aku rasa korang pon dah tahu apa result korang kan...?? ok by the way result itu dah dapat...yang penting korang bersyukur dan redha ...kerana itu semua adalah usaha kalian dan ketentuanya...

Ok..aku mula dengan '' Sekiranya korang pilih aliran Sains Tulen ''

Subjek utama Sains Tulen ialah  Biologi,Fizik,Kimia,Matematik Tambahan
ok..apa yang aku nak gitau bila korang ambil aliran sains tulen nie secara tak langsung keempat-empat pelajaran diatas menjadi subjek teras korang ketika kiraan meritokrasi untuk UPU...(untuk pengetahuan aku setakat ini apabila mendengar seminar dari Kaunselor Halatuju Pendidikan )
jadi mahu tak mahu korang kerana berusaha sehabis baik...kerana ia mata pelajaran yang WAJIB dikira

Seterusnya,dalam aliran Sains Tulen ini...ialah sambungan dari pelajaran sains korang yang belajar dari form 1-form 3.Jadi bila korang masuk aliran ini...Ia dipecahkan kepada skop yang lebih besar ,luas dan mendalam iaitu Fizik,Kimia,Biologi...

Bagi Fizik korang akan belajar lebih mendalam tentanf daya gerakan,tekanan,haba,cahaya ,gelombang,elektrik dan elektromagnet.Fizik merupakan pelajaran yang memerlukan kepada pemahaman konsep dengan jelas serta kemahiran dalam mengira...

Antara pengiraannya melibatkan daya impuls iaitu kena kira berapa daya yang dikenakan oleh seseorang apabila ia melompat dari tempat tinggi dan menghentam lantai batu.....dan boleh kata semua bab mempunyai perkiraan....cuma sikit ataupun banyak ja...itu ja yang membezakan
Senang cita fizik nie korang belajar bagaimana kapal terbang boleh berada diudara,bagaimana air panas bule jadi sejuk dan banyak lagi fenomena alam yang dijawab oleh FIZIK



Ok..dalam bab Kimia pula korang akan lebih belajar tentang tindak balas sesuatu bahan apabila dicampur dengan bahan-bahan tertentu...Contohnya apabila Asid+Logam menghasilkan Garam +Air...tu ialah antaranya...Selain itu korang akan belajar tentang asid dan alkali....lemak...cara penyediaan ESTER(minyak wangi) dan sabun dan banyak lagi.Antara bab dalam kimia...                     Struktur atom,persamaan kimia,jadual berkala,kadar tindak balas ,sebatian karbon dan lain-lain.Senang cerita kimia lebih membahaskan dalam ilmu penghasilan bahan dalam industri dan kesan campuran bahan serta penghasilanya....

Dalam kimia ada jugak pengiraanya...contohnya dalam bab Redoks,Kadar tindak balas,Haba .Pengiraan dia tidak susah sangat dan tidak senang sangat...cuma anda kena betul memahami konsepnya....:D...



Ok...Kita pergi kepada biologi,ianya lebih mengkaji tumbuhan,badan dan haiwan....Biologi kebiasaanya orang yang suka menhafal memang dia like gila...terutama perempuanlah...lelaki pon ada jugak....sebab diorang tidak suka kepada pengiraan...Jadi biologi nie korang kena faham satu tu dan ingat akan kata kuncinya''Terms''@Istilah tertentu....sebab dalam EXAM dia lihat kata2 kunci yang penting tu...kalau korang hurai 2 muka surat tapi tiada isi....0 markah anda...sama jugak seperti fizik dan kimia kena faham betol-betol ....



Matematik tambahan adalah wajib ambil bagi aliran sains tulen untuk korang teruskan dalam pembelajaran di MATRIKS dan UNIVERSITI....
Payah !!!! Matemarik Tambahan....ahahha...sebenarnya tu kata-kata orang sahaja..sebenarnya ia tidak susah mana pon.....apa yang penting dalam matematik tambahan firstly cam besalah...Fahamkan konsep dan banyakkan latihan ...



Ingat !! kalau rajin buat latihan tapi tak faham konsep sia-sia sahaja...ya memang anda belajar dari jawapan...TETAPI sekurangya korang mesti kena faham ASASnya dahulu...barulah mai soalan yang macam-macam @KBAT.HOTs anda boleh jawab....In Sha Allah.....

Ok tula yang aku mampu kongsi untuk beri korang jalan sekiranya pilih aliran sains tulen....


Sekarang kita pergi kepada Aliran Sastera...disini aku lebihkan fokus kebiasaanya Aliran ini sediakan pelajaran Prinsip Perakaunan dan Perdagangan

Ok kita pergi kepada akaun....melalui tinjauan daripada pandangan pelajar-pelajar yang ambil akaun mereka menyatakan akaun merupakan subjek ''KILLER'' bagi mereka.Kerana ianya perlukan pemahaman konsep dan asas yang kuat serta memahami beberapa rumus penting...

Tips yang diorang bagi kat aku...diorang kata...kena fokus betul ketika guru mengajar dan cuba fahamkan sepenuhnya...serta banyakkan latihan...
pertama kali diorang kata memang susah tetapi bila sudah memahami asasnya serta konsep ianya sangat senang..sebab apa...apa yang dipelajari di tingkatan 4 ianya akan berkaitan dengan tingkatan 5.Jadi korang kena faham betul-betul serta banyakkan latihan untuk pengukuhan...

Akaun ini mempunyai kerja khas iaitu kerja khusus di form 4 dan form 5.Apa yang diorang nyatakan kelebihan kerja khusus ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami cara pengumpulan data dan penyataan kewangan.
Kerja khusus ini membawa markah ''carry marks spm'' 20 markah...
Jadi kena buatlah kerja khusus ini....hehhe...

Pendapat diorang mereka nyatakan akaun mampu mengajar sesorang membuka perniagaan dan melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang sistematik.Selain itu,membolehkan seseorang membuka syarikat kewangan sendiri atau menjadi penasihat kewangan di mana-mana syarikat tertentu...

Ok...sekarang Perdagangan...

Secara simplistik daripada hasil kajian,Perdangangan adalah subjek FAKTA..yang memerlukan seseorang itu rajin membaca dan mengingati...

Dalam Perdangangan akan pelajari bagaimana cara ingin uruskan ekonomi individu , cara memasarkan produk dan mengetahui ekonomi sesebuah negara.
Secara mudahnya,Perdangangan membahaskan ilmu ekonomi...

Ok..jadi sekarang itulaj sedikit sebanyak yang aku mampu kongsi daripada pengalaman aku dan hasil kajian melalui pendapat-pendapat pelajar...dan aliran ini subjek teras yang WAJIB dikira dalam meritokrasi untuk UPU adalah subjek teras seperti BM,Sejarah,Math,Sains 

Sekadar perkongsian untuk memberi anda jalan yang terbaik....


Pesan aku....kita kenalkan potensi kita,kecenderungan kita serta minat kita kearah yang mana...barulah kita mampu memilih sesuatu yang memberikan keuntungan kepada kita..Kedua-dua aliran adalah sama dan penting dalam melahirkan seorang yang berilmu dan bermanfaat kepada orang lain....




Ok jadi pilihan anda,anda tentukan...Berdoa serta istikarah kepada Allah...:D
Harap berguna ya...

FACEBOOK:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan