Halaman

Ahad, 10 Januari 2016

CARA BELAJAR


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam sejahtera semua....:D saya ucapakan kepada anda..hari ini saya ingin berkongsi sedikit cara bagaimana nak belajar....ataupun istilah pelajar guna camna nak ''STUDY''

Ok..sebenarnya study ini bergantung atas cara@style anda ...anda suka cara yang bagaimana...??

Ada beberapa style antaranya  saya namakan kancil...Waja...Ferrari....
hah...apa tu..??

ok kita pergi kepada cara ''KANCIL ''
So,kancil adalah sebuah kereta yang kecil...jika ada satu perlumbaan antara ketiga-tiga kereta diatas bagi pendapat saya kancil merupakan sebuah kereta yang perlu memanaskan enjin yang lebih awal kerana dia memerlukan masa yang lama untuk pastikan enjin panas...dan mudah bergerak sama laju dengan kenderaan diatas...

So,style Kancil kebiasaanya digunakan bagi pelajar yang hendak memulakan study lebih awal misalnya dia mengambil SPM especially sebabnya saya nak fokus kepada SPM....So,dia mulakan dengan study lebih awal iaitu mengulangkaji tajuk-tajuk @pelajaran di tingkatan 4  yang kurang difahami dengan memahaminya dan bertanyakan kepada guru2 ataupun membuat latihan latih tubi

Kelebihanya cara ini seseorang itu mampu mengekalkan momentum belajarnya yang sama sehingga tiba waktu peperiksaan,kerana dia tidak perlu kelam-kabut untuk membuat speed running di hujung2 kerana dia telah membuat persediaan yang lebih awal..

So,diakhir-akhir dia hanya perlu menambahkan masa belajarnya dan membuat lebih banyak latih tubi sahaja kerana dia sudah memahami dan mampu menguasai semua tajuk dari form 4-form 5

Bila sesuai cara ini digunakan...misalnya pada'' AWAL BULAN ''


Ok..seterusnya kita pergi kepada style '' WAJA ''

Waja adalah sebuah kenderaan oklah laju jugaklah tapi masih tak boleh ditandingi oleh Ferrarilah..ahhaha....hiperbola sangat perbandingan aku...tetapi itu semua tiada kaitan aku just nak bagi cara dengan menamakan beberapa cara untuk belajar...

Direct to the point...Cara waja adalah cara kebanyakkan pelajar misalnya...mereka banyak memulakan sesi belajar bersungguh-sunguh selepas Ujian Prestasi awal bulan@Ujian Pertengahan Tahun...

Ok cara ni boleh TAPI...korang perlu korbankan masa tidur korang...minimumkan masa sosial korang maksud aku bukan tak boleh bersosial langsung maksud aku ialah lebihkan kepada study...
Selain itu,banyakkalah berkunjung di bilik guru untuk bertanyakan soalan kepada cikgu...INGAT !!!
tanya soalan bukan ambil aircond..huhu...:D....

Ok..so cara ini korang paling kurang 4-5 jam sehari (bagi pendapat aku)

Jadual ini dia mudah..especially budak hostel...

Sesi prep pertama-1 Jam
Sesi Prep kedua-2 Jam
Tengah Malam@Sebelum Subuh=1-2 jam (ikut atas diri sendiri)

So,inilah penjadualan korang untuk study...Alamak...!! kerja sekolah bro...!!...
Kerja sekolah korang siapakan pada sesi prep pertama korang sebab selalunya sesi pertama kritikal...
Jadi kalau korang ulangkaji memang....ZzzzzZZZ...haha....sebenarnya kerja sekolah jugak ulangkaji..So,korang tak perlu takut...

Ok...pergi kepada style ''FERRARI''

Style ini kebiasanya apa yang aku nampak  diguna pakai oleh mereka genius dan bijak.Bijak yang bagaimana tu..? bijak yang mana mereka ni sememangnya sudah memahami setiap tajuk dan pelajaran dalam semua bab..Jadi banyak pelajar guna cara nie last-last minutes..Mereka buat apa..??
Pada ketika inilah mereka terus memecut dengan membuat latih tubi sebanyak mungkin dan latihan serta mengukuhkan kefahaman mereka agar melekat dalam otak diorang...So,cara camna nak guna cara ini...

Anda boleh guna:
Sekiranya...

Korang dah faham semua intipati bab bagi semua tajuk 

Cara ini masa dia memang last-last minute iaitu sebelum Peperikasaan Percubaan@ sebelum hampir peperiksaan Sebenar..??

Sebab diorang guna cara nie..?
Sebabnya diorang memamg dari awal dah tumpu setiap detik dan saat ketika guru mengajar dan memberi fokus sepenuhnya serta memahami secara menyeluruh dalam sesuatu bab...So,memang sesuai diorang guna cari ini...

So,inilah yang mampu aku kongsikan serba sedikit bagaimana cara@style nak belajar...
Secara kita perlu belajar...buat latihan..rujuk guru dan last sekali...Berdoa serta mohon kepada Allah
In sha allah....Allah tak ZALIM..

''Siapa Usaha ,Dia Dapat ''


Tiada ulasan:

Catat Ulasan