Halaman

Rabu, 9 Disember 2015

STRESS BELAJAR ???



STREES BELAJAR ???

                                                                                       
Naim yang sentiasa enjoy dalam belajar

















Menurut wikipedia,Belajar adalah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau potensi tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman atau latihan yang diperkukuhkan. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara rangsangan dan tindak balas. [1] Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa rangsangan dan output yang berupa tindak balas. Rangsangan adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respons berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap rangsangan yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang berlaku antara stimulus dan respons tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diperhatikan dan tidak boleh diukur, yang dapat diperhatikan adalah stimulus dan respons, oleh kerana itu apa yang diberikan oleh guru (rangsangan) dan apa yang diterima oleh pelajar (respons) harus dapat diperhatikan dan diukur.

Sekarang nie ramai orang kata belajar tak best  sebab strees...Selain itu juga,ada orang menyatakan belajar tak best sebab cikgu dan faktor-faktor lain tetapi fokus hari ini aku nak  kongsi bagaimana nak hilangkan strees  ketika belajar tu...

Pertamanya,korang sendiri yang cuba mengundangkan strees,...hai bunyi len macam...kenapa dipersalahkan pulak kita nie...??heheh...ya kita sendiri yang mengundangnya
Kita kena tahu proses pembelajaran adalah berterusan jadi.Apabila selesainya belajar kita perlu mengulangkajinya semula....

Contoh bagi pelajaran yang melibatkan pengiraan...selesai ja belajar....kita terus buka buku latihan buat latihan secara tidak langsung ia telah mengulangkaji semula apa yang telah kita pelajari
Ianya buleh  dipraktikkan bagi pelajar asrama misalnya pada waktu persediaan(PREP)  peruntukan paling kurang 45 minitlahh...untuk buat latihan.....pastu lebihan 10 minit relax-relaxlah....
Ok tu kalau bab kira-kira....

Sekarang pergi kepada pelajaran yang mesti kena ingat....
Cara dia habis ja belajar ...ambik kertas kosong tulis apa yg kita faham balik dan terangkan kepada diri sendiri..in sha allah buleh faham.....Selain itu,bulelah jugak HIGHLIGHT beberapa isi-isi penting yang perlu  diingati dan kemudia buat buku latihan.....ini jugak akan melatih diri untuk lebih faham dan lebih mengingati apa yang kita pelajari.

Jadi,yang menjadi strees belajar sebab LAST MINUTE punya kerja....malam nak periksa baru nak tengok semua bab .baru nk highlight dan baru nak mula latihan ketika tu buku pun masih bau kedai lagi....time nielah akan menyebabkan diri stress sebab kita rasa banyak benda kita nak tau...ditambah pulak dengan takut.....

Tapi,setengah orang lain dari lain...mereka orang cepat ''pick up'' jadi  sesetengah depa suka belajar last minutes.Tapi,kalau dah tahu kita punya '' styles''  kita ikut cara yang sesuai untuk kita..antaranya tips diatas yang aku kongsi tu...

Aku teringat kata Ustaz aku...''Ustaz Syukri '' Guru Bahasa Arab

''Kita bukan kereta skyline yang last-last minute boleh pecut...kalau dah tau kereta kita nie enjin
 Dakson kita panaskan enjin kita siap dan lebih awal....bila kita naik kereta kita jalan sama macam
 skyline jalan ''

Maknanya...kita kalau dah tahu kita agak susah dan slow kita belajar awal-awal jangan tunggu last minute baru nak mula kalau tak kita akan ketinggalan dari orang yang berotak macam skyline...

Aku pun sebenarnya tak pandai sangat..tapi sekadar perkongsian untuk sama-sama kita ambil...
Belajar jadikan relax dan tenang.....baru best....!!!

Hanafi yang sentiasa COOL

 

2 ulasan: